Minggu, Agustus 24, 2008

Syeikh Misyari Rashid Al-Afasi

Syeikh Misyari Rashid Al-Afasi dilahirkan pada 1976 di Kuwait. Beliau merupakan qari yang terkenal di dunia.

Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan.

Beliau merupakan pakar dalam 10 jenis bacaan dan penterjemah al-Quran. Beliau selalu muncul di media dan mempunyai minat yang mendalam dalam ilmu al-Quran.

Beliau mempunyai ramai peminat di dunia kerana pembacaan ayat al-Qurannya amat baik, menarik dan menyentuh hati.

Beliau belajar di Universiti Islam Madinah, Kolej al-Quran & Pengajian Islam. Beliau belajar al-Quran melalui Syeikh Ahmad Abdul Aziz Al-Zaiat. Selain itu, beliau juga pernah belajar al-Quran daripada Syeikh Muhammad Sadiq Al-Minshawi, Syeikh Mustafa Ismail dan Syeikh Abdul Basit Abdul Samad.

Syeikh Saad Said Al-Ghamidi

Syeikh Saad Said Al-Ghamidi seorang penggiat Ikhwan, penasyid, hafiz dan qari terkenal yang murattalnya telah menyebar di dunia Islam

Syeikh Saad Al-Ghamidi dilahirkan pada 1387H di Dammam, Arab Saudi.

Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Mogahed , Salman dan Abd Al-Aziz .

Pelajarannya di Dammam dalam segala akademik. Masa muda, kegiatan dan belajarnya melalui A-Seefai.

Syeikh Saad sangat menyintai bacaan & murattal Syeikh Muhammad Sedeek Al-Menshawi dan Syeikh Marawan Al-Qaderi dan beliau pernah berkata:

“Saya bukan merasa bacaan masuk dalam hati saya tetapi dalam diri saya seperti bacaan Syeikh Mohamed Al-Menshawi sangat istimewa dan menjadi khas miliknya".